Nenek jual buah tepi jalan demi beli ubat anak

Hanya dengan berteduh bawah pokok rimbun makcik ini tanpa kenal erti penat tetap menjual buah. (Gambar Facebook Hakim Azaki)

Hidup ini bagaikan roda, ada masa kita di atas dan ada masa kita berada di bawah.

Kalau kita rasa tengah susah, ingatlah ada yang lagi susah di luar sana.

Jadi adalah wajar untuk kita bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang diberikan Allah kepada kita.

Menerusi Facebook Hakim Azaki, dia berkongsi kisah sebenar mengenai seorang warga emas yang menjual buah-buahan di Marang, Terengganu.

Ikuti perkongsiannya.

Hakim drive kereta dari Kuala Terengganu ke Dungun pada pagi sabtu (23.3.2019) ada majlis kahwin sepupu isteri.

Dalam perjalanan ke Dungun, ternampak gerai Makcik ni menjual buah-buahan di depan PERKAYA, Marang (Dekat dengan Penjara Marang).

Lepas tu, Hakim pun cakap dengan isteri, ‘ Abang kesian tengok Makcik jual buah dengan gerai biasa di tepi jalan. Nanti hala balik rumah, abang nak singgah beli buah’. Isteri kata ‘ Okay abang ‘.

Pada waktu petang perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Dungun, lalu jer depan gerai makcik ni terlajak pula, lepas tu Hakim u-turn dekat depan sana dan singgah juga di gerai buah makcik ni. Hakim pun singgah dan beli banyak buah dekat makcik ni.

Dipendekkan cerita, makcik ni duduk rumah pondok kayu di dalam kampung bersama anaknya yang sedang sakit.

Makcik ni berupaya mencari rezeki nak beli ubat untuk anaknya yang sakit di rumah. Sedih sangat bila dengar makcik ni cerita.

Makcik jual buah demi menampung keperluan harian dan ubat untuk anaknya yang sakit. (Gambar Facebook Hakim Azaki)

Makcik ni bagi tahu yang ada orang roboh gerai buah dia sebelum ni, itu yang jual juga buah nak cari rezeki.

Makcik ni cerita dalam keadaan menangis. Ya Allah, sedih sgt dan rasa hina pula diri kita ni.

Makcik ni tunggu pelanggan datang membeli buahnya dari pagi sampai ke petang dan ada masanya sehingga tertidur kepenatan.

Makcik ni berniaga tanpa ada tempat berteduh daripada panas matahari dan hujan. Hanya pokok sahaja yang ada sebagai tempat berteduh untuk berniaga.

Kepada rakyat Terengganu mahupun rakyat luar Terengganu yang lalu di jalan dari arah Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu bolehla singgah membeli buah di gerai makcik ni tepi jalan di PERKAYA, Marang bersebelahan Penjara Marang.

Pakat-pakatla bantu Mak Cik ni beli buah kalau tak mampu nak bagi duit banyak. Buah yang dijual Mak Cik ni pun manis-manis.

Apa yang lebih menyedihkan apabila wanita itu terpaksa meninggalkan barang jualan tanpa membawa pulang ke rumah kerana tidak mampu untuk mengangkatnya.

Sumber: Hakim Azaki

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]