Tiada penganjuran festival Songkran di Khaosan Road tahun ini

Kemeriahan festival Songkran sebagai acara tahunan berjaya tarik pelancong turut serta meraikannya (Gambar thetiger.com)

Sambutan festival Songkran di Thailand telah menjadi acara wajib setiap tahun dan kemeriahan serta keseronokan bermain air secara besar-besaran tidak dapat dinafikan sehingga mampu menarik pelacong ke Thailand setiap tahun.

Bagaimanapun sambutan festival tersebut tidak akan dianjurkan tahun ini yang kebiasaannya dibuat di Khaosan Road.

Pembatalan festival tersebut adalah bagi mengelakkan sambutan tahunan Songkran bertembung dengan persiapan majlis pertabalan raja baru Thailand.

Tidak dinafikan ia mungkin akan memberi kesan pada kedatangan pelancong namun tiada larangan untuk warga setempat meraikan festival tersebut secara sendiri berikutan tiada penganjuran rasmi daripada pihak penganjur.

Gajah juga dibawa untuk memeriahkan lagi sambutan Songkran (Gambar thetiger.com)

Bagi mereka yang tidak tahu, Thailand menyambut festival Songkran dari 13 hingga 15 April setiap tahun.

Malah, Khaosan Road merupakan kawasan terkenal dalam kalangan pelancong untuk merasai sambutan Songkran.

Anda mungkin boleh ke Thailand pada tahun depan untuk merasai sendiri kehangatan sambutan Songkran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]