Tindakan warga Singapura isi minyak bengangkan netizen

Warga Singapura bertindak menggoncang dan menghenjut kereta mereka semata-mata hanya mahu isi minyak sepenuhnya. (Gambar SKTV Network)

Ini bukan kali pertama warga Singapura masuk ke Malaysia dan berkelakuan sebegini.

Sebuah video yang dimuat naik menerusi Facebook SKTV Network menyaksikan sebuah kereta dipercayai kenderaan dari Singapura mengisi minyak dengan cara menggoncang dan henjut kereta tersebut.

Tindakan melampau ini telah mencetuskan kemarahan netizen dan menyifatkan mereka ‘kaya di negara orang, miskin di negara sendiri’.

Kereta terpaksa beratur panjang semata-mata menunggu tindakan warga Singapura yang ambil masa lama isi minyak kereta. (Gambar SKTV Network)

Video berdurasi 1:02 minit ini menyaksikan kelakuan biadap warga Singapura ketika mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di negara kita.

Tindakan itu disifatkan melampau dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang terpaksa menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Dipercayai tindakan melampau itu telah dilakukan hampir setengah jam sehingga menyebabkan banyak kenderaan beratur dibelakang.

Sumber: SKTV Network

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]