Ambil alih tentera bukan langkah sesuai atasi masalah di Sudan, kata Kesatuan Afrika

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat berkata, pengambilahan tentera bukanlah respons sesuai terhadap cabaran didepani Sudan serta aspirasi rakyatnya. (Gambar Bernama)

MOSCOW: Pengambilalihan tentera bukanlah satu respons yang baik terhadap isu yang merundung Sudan, kata Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) Moussa Faki Mahamat pada Khamis.

Agensi berita Sputnik, yang memetik kenyataan AU, melaporkan bahawa terdahulu, Menteri Pertahanan Sudan Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf mengumumkan penubuhan sebuah majlis tentera yang akan mentadbir negara itu selama 2 tahun.

Menteri itu berkata Presiden Omar Bashir ditahan dan perintah darurat selama 3 bulan diisytihar di negara tersebut.

“Pengerusi melahirkan keyakinan Kesatuan Afrika bahawa pengambilahan tentera bukanlah respons yang sesuai terhadap cabaran yang didepani Sudan serta aspirasi rakyatnya,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi itu menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam krisis di Sudan bertenang.