Bila isteri tiada barulah suami tahu betapa ‘sukarnya’ jaga anak

Bapa sentiasa memainkan peranan bantu isteri uruskan hal rumah tangga termasuk menjaga anak. (Gambar hope1032.com.au)

Kebiasaannya kita mendengar isteri yang selalu menguruskan rumah dan anak-anak, namun lain pula cerita yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin menerusi akaun Facebooknya yang menceritakan pengalaman dirinya menguruskan hal rumah dan anak-anak.

Pengalaman yang dirasainya itu membuatkan dia tahu pengorbanan seorang isteri terhadap si suami adalah besar.

Suami perlu menghargai setiap apa yang dilakukan oleh isteri kepada keluarga.

Orang lelaki jaga anak pun letih, orang perempuan?

Menguruskan anak tanpa pasangan bukan senang, tak mudah dan serius stress!

Ada isteri yang tinggal berjauhan dengan suami atas tuntutan kerja, seorang utara, seorang selatan (PJJ).

Ada juga suami yang kerja seminggu atau dua minggu direct, tak balik rumah seperti kerja di pelantar minyak, bawa treler dan lain lain.

Bila mengandung, pergi check perut sendiri, jaga makan minum, buat kerja rumah dan sebagainya sendiri.

Takpela, masih sorang, masih buat apa saja dengan diri sendiri, masih boleh lagi.

Tapi once dah ada anak, kehidupan tanpa pasangan tu sangat-sangat menguji dan teruji.

Banyak kali juga la saya kena jaga anak-anak on weekend time isteri bekerja dulu untuk 12 jam sahaja, and guess what? Letih beb. Orang laki jaga anak pun letih, orang pompuan?

Kadang-kadang solat kena dua tiga kali

Weekend ni, masa nak rehat, nak tidur lama, but as early as 5.30am anak-anak dah bangun.

Anak-anak umur 2 tahun dan 1 tahun time tu dia bangun sebab pampers dah penuh atau dia lapar susu.

Wife tengah siap nak pergi kerja dah, wife tukar pampers, dia bagi susu, dan suruh saya sambung jaga, maka bermulalah ‘my daycare time with my kids’.

Letak anak-anak depan pintu bilik air sebab nak mandi dan mandi tak tutup pintu sebab nak tengok apa diorang buat. Kalau biar, silap-silap boleh jatuh katil, boleh pergi ke dapur dan sebagainya.

Time solat, anak-anak main depan sejadah, lipat sejadah, letak mainan kat tempat kita nak sujud, masuk dalam kain pelikat dan sebagainya.

Kadang-kadang tu sampai dua tiga kali kena solat, berhenti solat sebab nak alihkan diorang, nak ubah mainan dan sebagainya.

Breakfast time! Isteri dah tinggalkan moi, so suap moi je bagi diorang makan. Kalau diorang lapar lagi, ambik biskut, tuang susu bagi lembut, then suap.

Mandi time. Budak-budak mana tak suka air, cukup seronok kalau dapat berendam.

Lepas mandi, main kejap, pastu diorang tidur sejam beb, sejam letak dalam buaian, ayun plus zikir & tarannum.

Yang si kakak dah tidur sendiri dah. Nampak saja si adik mata dah tutup rapat, saya pun bangun.

“Huuwaaa” dia jaga plak dah. Dia detected saya bangun. Sambung hayun buaian tu plak. Nak buat kerje rumah, kejap lagi bunyi bising dia jaga.

Dapat la sidai baju, kemas-kemas mainan sikit baru boleh makan sarapan.

Time diorang tidur la, kalau nk buang air besar, kena buang siap-siap, kejap lagi dorang bangun, memang susah dah, memang kena tahan smpai wife balik.

Then untuk makan tengahari, tengok tahap kerajinan. Kalau rajin, bawa dua-dua orang pergi tapau makanan luar.

Kalau tak rajin, goreng telur mata ja. Dah bangun tidur, main lagi dengan diorang, bagi susu, bagi moi.

Penah skali tu, tertidur time jaga diorang. Bangun-bangun pergi cari, dua-dua tengah sepahkan bilik, tarik semua baju-baju dalam almari dan main bedak.

Allahu, satu hal plak nak lipat semua baju-baju tu balik, nak lap-lap bedak tu balik.

Suara hati membisik perlahan-lahan, “lagi 4 jam bini nak balik daus, sabar daus, sabar…” berterusan la jaga diorang berdua sampai isteri berhenti kerja. Dalam 2, 3 tahun juga.

Hargai pengorbanan isteri tercinta

So, kepada para-para suami di luar sana, the struggle is real beb!

Saya hadap untuk 12 jam je tu, tapi bayangkan isteri anda hadap situasi yang macam tu untuk seminggu, untuk sebulan dan anda tiada di sisinya? Apa yang dia rasa?

Dengan penatnya kerja, dengan nak kena pergi ambil anak lagi, balik rumah jaga lagi, buat kerja-kerja rumah lagi, masalah kat ofis lagi, time makan dia yang tunggang-langgang dan semuanya ini dia perlu buat dan hadap seorang diri?

Call her, show her your concern! Kuatkan dia, bagi dia semangat, minta dia sabar.

Bila balik rumah, ambik alih dan buat kerja dia selama mana awak ada masa kat umah tu.

Bagi dia rehat plak. Mental dan fizikal dia boleh “koyak” kalau suami tak ambil berat bila mana seorang isteri itu terpaksa menguruskan dirinya dan anak-anak seorang diri – just by herself and alone.

Jangan sampai dia fikir, ada suami dengan takde suami, sama je. Don’t!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]