‘Human Calculator’ banggakan Malaysia, menang tempat kedua Asia’s Got Talent 2019

Rancangan realiti Asia’s Got Talent peringkat akhir sememangnya saat yang ditunggu apabila mengetahui 2 penyertaan Malaysia layak ke pusingan tersebut.

Pentas berprestij itu menjadi tumpuan ramai yang ingin melihat bakat semulajadi yang dipersembahkan peserta.

Dan tahun ini terdapat 9 peserta termasuk 2 penyertaan dari Malaysia iaitu ‘Human Calculator‘ dan kumpulan wanita, NAMA.

Namun malam Grand Final menyaksikan ahli silap mata Eric Chein dari Taiwan mendapat undian tertinggi sekali gus dinobatkan sebagai juara.

Bagaimanapun Malaysia seharusnya berbangga kerana tetap mendapat tempat kedua melalui persembahan Yaashwin Sarawanan yang turut diberi jolokan ‘Human Calculator’ kerana mampu mengira nombor tanpa menggunakan kalkulator.

Tidak dinafikan begitu ramai penonton mengagumi kebijaksanaan dan kehebatan peserta Malaysia ini.

Pengiraan masalah matematik mampu diselesaikan dengan begitu cepat berbanding kalkulator.

Bakat sebegini perlu diberi penghargaan dan dibanggakan.

Tahniah ‘Human Calculator‘ Malaysia!

Satu lagi peserta dari Malaysia iaitu Kumpulan wanita, NAMA tidak berpeluang untuk berebut gelaran juara.

Pada malam keputusan Grand Final itu menyaksikan juri tetap, Jay Park menyifatkan penyingkiran tersebut perlu dibanggakan dan tidak perlu bersedih.

Mereka perlu rasa beruntung kerana dapat melayakkan diri hingga ke malam penuh gemilang ini.

“I don’t think you guys should be sad you got eliminated. I think you guys should celebrate the fact that you got this far. I think Asia’s Got Talent is very lucky to have you guys.”

Begitu juga, kumpulan lelaki dari Filipina, Junior Good Vibes dan Yang Shih Hao dari Taiwan juga menerima nasib yang sama.

Persembahan NAMA di Grand Final (Gambar AXN Asia)

Kehebatan Eric Chien dari Taiwan membuat persembahan magician meninggalkan kesan dan rasa kagum dalam kalangan penonton pada malam Grand Final, tempoh hari.

Magic yang dipersembahkannya membuat dia mendapat US $100,000 beserta penerbangan Vietjet Air selama setahun.

Persembahan juara Asia’s Got Talent (Gambar AXN Asia)

Magician ini mampu mewujudkan sebuah kubid bersaiz kecil yang terhasil dari bijian coklat dan mampu susun 6 warna yang sama pada setiap kubid tersebut. Sangat mengagumkan!

Memang layak dia dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim ke-3.

Tahniah diucapkan juga kepada 9 peserta yang telah melayakkan diri ke pusingan terakhir.

Sumber: AXN Asia

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]