Letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Petronas di Pengerang

Kebakaran di Kompleks Bersepadu Petronas di Pengerang, Johor, awal pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kebakaran dan letupan berlaku di Kompleks Bersepadu Petronas di Pengerang, johor awal pagi ini.

Menurut Petronas, letupan itu berlaku kira-kira jam 1.25 pagi tadi. Satu pasukan pencegah kebakaran dan kecemasan digerakkan dan kebakaran berjaya dikawal dalam masa 30 minit.

“Keadaan terkawal dan semua pihak berkuasa terbabit telah dimaklumkan, ” katanya dalam satu kenyataan, dengan menambah satu siasatan mengenai punca kejadian juga sedang dijalankan.

Gambar dan rakaman video letupan yang berlaku kini tular di media sosial dan seorang pengguna mendakwa gegaran boleh dirasai hingga ke Pasir Gudang.

Ketua polis Kota Tinggi Ashmon Bajah mengesahkan 2 cedera dalam kejadian tersebut.