Penghantar GrabFood istimewa mahu pelanggan bersabar kelewatannya

Sumaiyah tanpa kenal erti penat tetap bekerja demi mencari rezeki halal (Gambar Berita Harian Singapura)

Seorang pengguna aplikasi penghantaran makanan berkongsi kisah sayu apabila menerima pesanan minuman menerusi perkhidmatan GrabFood.

Kelewatan penghantar pesanan itu pada mulanya membuatkan lelaki itu resah namun mula memahaminya setelah melihat penghantar berkerusi roda.

Kisah penghantar makanan GrabFood, Sumaiyah Ghazali dilaporkan Berita Harian Singapura menerusi satu video yang membuatkan ramai netizen bersimpati.

Dalam video berdurasi 3 minit 28 saat itu, Sumaiyah menceritakan dia baru sahaja mula berkhidmat dengan syarikat penghantaran itu selama 4 bulan.

Dia yang menderita penyakit cerebral palsy sejak lahir mengalami kesukaran untuk bekerja kerana kekurangan itu.

Dia pernah bekerja di pejabat namun kekurangannya itu menghalangnya untuk bertugas dengan baik tambahan pula rakan sekerja lain tidak memahami penyakit dialaminya.

Sumaiyah turut mendedahkan, hujan adalah masalah yang dihadapi ketika menghantar makanan.

Dia terpaksa membuka payung dan ‘melawan’ angin sekaligus melambatkan perjalanannya.

Dia juga meminta kerjasama pelanggannya jika terlambat menghantar pesanan.

Sumber: Berita Harian Singapura

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]