RON97 naik 5 sen

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik 5 sen seliter daripada RM2.63 kepada RM2.68 mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel pula kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga RON95 dan diesel sepatutnya RM2.38 serta RM2.39 seliter.

Harga baru itu berkuat kuasa mulai esok sehingga 19 April ini.