‘The Tulip’ bakal menjadi kebanggaan London pada 2025

The Tulip bakal dibina dengan ketinggian 304m. (Gambar Metro UK)

Bangunan pencakar langit yang diberi nama The Tulip hampir menjadi kenyataan untuk dibina di London selepas pemaju menerima kelulusan bagi projek tersebut.

Foster + Partners yang mengemukakan cadangan mereka untuk pembinaan bangunan pencakar langit dan dijangka dibina menjelang tahun 2020 nanti.

Terkini, rancangan tersebut baru sahaja diluluskan oleh jawatankuasa City of London’s Corporation.

Bangunan pencakar langit yang berukuran 304 meter itu akan dibina di Bury Street berdekatan dengan The Gerkin yang juga merupakan hasil binaan Foster + Partners.

Dengan terbinanya bangunan The Tulip ini London akan menjadi bangunan kedua tertinggi di Eropah Barat selepas The Shard (setinggi 310 meter).

Menariknya, pengunjung akan dapat menikmati keindahan pemandangan dari tingkat atas secara meluas berikutan penggunaan kaca pada rekaan yang bakal dilengkapi dengan pelantar pemandangan, bar dan restoran.

Penggunaan kaca pada rekaan bakal dilengkapi dengan pelantar pemandangan. (Gambar Metro UK) 
The Tulip bakal dilengkapi dengan bar dan restoran. (Gambar Metro UK)
 The Tulip bakal dibina di tengah kota London. (Gambar Metro UK)

The Tulip dijangka menarik 1.2 juta pelawat setiap tahun apabila dibuka pada 2025.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]