6 pegawai kanan polis bertukar jawatan

Bahagian Komunikasi Korporat Polis Urusetia KPN hari ini mengumumkan pertukaran jawatan 6 pegawai kanannya berkuat kuasa 13 Mei depan.

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan 6 pegawai kanannya berkuat kuasa 13 Mei ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Asmawati Ahmad berkata, pertukaran membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, [email protected] Mamat yang bertukar sebagai ketua penolong pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard, JIPS, Bukit Aman.

“SAC Institut Keselamatan Awam (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya, Dr Laila Ali pula akan menggantikan Shafien sebagai ketua penolong pengarah (Agama dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, JIPS, Bukit Aman yang baru.

“Pertukaran lain membabitkan ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor, Nordin Manan yang akan menjadi timbalan komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pahang, manakala Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Selangor Mohamad Abd Hamid pula akan menggantikan tempat Nordin,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pahang Zaldino Zaludin akan menjadi timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Selangor yang baharu,” katanya.

Menurut Asmawati, pertukaran terakhir membabitkan Ketua Pegawai Keselamatan Istana/Pengiring Sultan Kelantan, Jabatan Pengurusan Kelantan, Hisham Mahmood yang dilantik menjadi penolong ketua staf koordinasi Pasukan Khas Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Jabatan Perdana Menteri.