Emma Corrin pegang watak Puteri Diana

Kecantikan Puteri Diana tiada bandingannya namun Emma Corrin antara yang terpilih pegang watak sebagai Puteri Diana (Gambar Daily Mail)

Kisah percintaan Puteri Diana dan Putera Charles bakal dipaparkan dalam siri keempat The Crown menerusi platform Netflix.

Pengambaran yang sudah selesai baru-baru ini, dijangka ditayangkan mulai Julai ini.

Namun, ramai yang ternanti-nanti gerangan pelakon manakah yang memegang watak sebagai puteri kesayangan itu?

Menerusi kenyataan di laman Twitter, pelakon baharu Emma Corrin diumumkan memegang watak ikonik itu.

Emma turut membuat komen sejurus pengumuman itu.

“Saya rasa saya sudah terikat dengan siaran ini dan menyertai pasukan hebat ini, sesuatu yang sukar dipercayai.

“Puteri Diana merupakan ikon yang memberi kesan dan inspirasi kepada dunia,” katanya.

Sebelum ini Emma pernah muncul dalam drama Grantchester.

Dia juga bakal tampil dalam filem Misbehaviour tidak lama lagi.

Peter Morgan yang banyak menghasilkan siri popular Netflix berkata, siri itu akan memaparkan detik awal percintaan ibu bapa Putera William dan Putera Harry.

Selain Emma, pelakon Josh O’Connor akan membawa watak sebagai Putera Charles.

Sumber : Daily Mail

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]