‘Mengecewakan’ jika benar Streram gesa pengundi undi PH pada hari mengundi, kata SPR

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Shahrom.

RANTAU: Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berjalan hari ini, Dr S Streram menggesa pengundi supaya mengundi parti kerajaan itu.

“Saya berharap semua yang datang ke sini, saya merayu kepada semua untuk mengundi Pakatan Harapan.”

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Azmi Sharom memberitahu FMT bahawa beliau kecewa dengan Streram sekiranya perkara itu benar.

“Saya percaya ahli politik kita orang bijak dan mereka harus tahu peraturan (pilihan raya). Mereka hanya perlu mengikutnya,” kata beliau ketika ditemui di SJK (T) Rantau.

“Undang-undang jelas,” katanya. “Pada hari ini tidak boleh ada apa-apa juga bentuk kempen sama sekali.

“Sebabnya, logik di sebalik (peraturan) ini ialah kita mahu hari mengundi berkeadaan tenang dan pengundi boleh berfikir sendiri serta membuat keputusan tentang calon pilihan mereka.

“Kita tidak mahu pengundi berasa tertekan,” katanya. “Sebab itu peraturan ini diadakan.

“Jika laporan ini benar, maka ia bertentangan dengan peraturan kerana kita tidak dibenarkan berkempen sama sekali pada hari mengundi.

“Tetapi, pastilah ini masih dengar cakap. Saya hanya melihat apa-apa yang anda tunjukkan kepada saya. Kita lihat selepas ini.”

Pengerusi Bersih, Thomas Fann memberitahu FMT bahawa berdasarkan lafaz Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, berkempen pada hari mengundi adalah satu kesalahan.

Dalam pada itu, Streram dan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata, mereka sedia akur kepada keputusan yang akan diumumkan malam ini, “baik menang atau kalah”.

Hari ini juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan Streram. Kata beliau sekiranya menang, ia akan mejadi hari istimewa kepadanya dan isteri.

“Ia akan menjadi hadiah ulang tahun perkahwinan untuk isteri saya,” katanya.

Streram berkata, isterinya tidak akan kecewa sekiranya beliau memenangi pilihan raya hari ini dan mula sibuk menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Ngeri (Adun).

“Beliau mahu saya berkhidmat kepada rakyat.”

Mohamad memberitahu pemberita bahawa beliau berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan.