Tok Mat dahului Streram selepas lebih separuh peti undi dikira

SEREMBAN: Barisan Nasional mendahului semua pencabarnya setakat 7 malam tadi, berdasarkan papan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya di pusat penjumlahan undi pilihan raya kecil DUN Rantau.

Selepas 40 daripada 56 peti undi dikira, papan keputusan tidak rasmi itu menunjukkan Mohamad Hasan peroleh 7,287 undi mengatasi pencabar terdekat, Dr S Steram daripada Pakatan Harapan yang meraih 3,874 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi ialah melebihi 70% selepas semua pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang tadi.

DUN Rantau mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 4 orang pengundi tidak hadir berada di luar negara dan selebihnya 118 pengundi awal.

Daripada jumlah tersebut, 55.51% atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46% atau 3,863), India (26% atau 5,441) dan lain-lain (0.03% atau 7 orang).