150 hidangan menanti sepanjang Ramadan disediakan Felda D’Saji

Gulai Kawah Daging Batang Pisang, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Gulai Urat Keting sudah pasti menggamit selera warisan kampung seiring dengan tema Felda D’Saji kali ini.

Kurang sebulan lagi Ramadan bakal tiba, maka banyaklah juga promosi Bufet Ramadan.

Namun tidak dapat dinafikan Felda D’Saji adalah pilihan terbaik kerana menawarkan lebih 150 pilihan hidangan kepada pengunjungnya.

Dengan berkonsepkan ‘Sajian Warisan’ Felda D’Saji turut menampilkan kelainan dengan mengadakan sesi ‘Live Cooking’ oleh chef berpengalaman iaitu Chef Ismail Jaafar, Chef Mohd Nazri Che Mohammad dan Chef Saifulirwan Zainuddin.

Barisan Chef Felda D’Saji ini akan menyediakan hidangan Gulai Kawah Daging Batang Pisang, Kuey Tiaw Goreng, Teppanyaki dan cucur peneram.

Siput Sedut Masak Lemak
Cendawan Kukus Masak Lemak & Keledek
Batang Keladi Masak Lemak
Ikan Kembung Bakar Berempah
Botok-botok Ikan Tenggiri

Selain Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Sup Daging Tulang Berempah, Kambing Golek, Gulai Urat Keting dan Asam Pedas Tetel Felda D’Saji juga peka dengan permintaan pelanggan yang mahukan pilihan masakan Barat, Jepun dan Itali.

5 cawangan Felda D’Saji yang bakal menyediakan bufet Ramadan ialah Dewan Perdana Felda, Laman Gemilang Kelana Jaya, Orchand Villa Gombak, Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa Bangi.

Dengan pengalaman 20 Tahun dalam penyediaan juadah ramadan, Felda D’Saji yakin pendekatan baharu dan kepelbagaian menu, akan menjadikannya Iebih relevan dan memenuhi citarasa pelanggan.

Nagi Goreng Cili Nenas resipi tradisi dimasak secara Live di depan tetamu
Mee Udang ternyata membuka selera sesiapa yang melihatnya
Ubi Rebus ala kampung
Stuffed Whole lamb (Nasi Dalam Perut kambing) Citarasa Ramadan Sajian Warisan, Kambing Bakar dengan 9 rempah
Nasi Beriani yang sangat mengiurkan

Tahun ini Felda D’Saji turut meneruskan tradisi dengan menyediakan perkhidmatan D’Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan dengan pakej serendah RM250 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang.

Penghantaran dibuat sekitar Lembah Klang dalam radius 10km.

Untuk pihak korporat dan oragnisasi yang berminat, Felda D’Saji juga menyediakan perkhidmatan tempahan bagi majlis berbuka di lokasi istimewa terpilih.

Dan pakej bermula dari RM68++ untuk tempahan minimum 300 orang.

Untuk tempahan awal iaitu dari 1 April hingga 30 April, pelanggan layak mendapat diskaun 30%.

Harga adalah seperti berikut: Harga asal Promosi ‘Early Bird’
Dewan Perdana Felda RM88+ per pax RM66+ per pax
Orchand Villa Gombak RM55+ per pax RM45+ per pax
Laman Gemilang Kelana Jaya RM55+ per pax RM45+ per pax
Lake Cempaka Villa, Bangi RM55+ per pax RM45+ per pax
Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa RM93+ per pax RM68+ per pax

 

Untuk tempahan delivery boleh hubungi 019-662 2525

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]