Kelakar… Sanggup guna kuali mak sebagai ‘stadium’ hanya untuk main beyblade

Adik Nurfariesya Syafiqah Suhaimi bersama kawan-kawannya bermain beyblade menggunakan kuali memasak. (Gambar twitter @imsyfqh)

Permainan gasing moden atau lebih popular dipanggil ‘beyblade’ kini menjadi satu fenomena dalam kalangan kanak-kanak dan semakin mendapat perhatian.

Dan salah satu benda yang wajib ada bagi melengkapkan permainan adalah ‘stadium’ sebagai tempat untuk bermain beyblade tersebut.

Tindakan sekumpulan kanak-kanak yang menggunakan peralatan memasak sebagai stadium amat mencuit hati.

Antara koleksi beyblade

Bukan setakat kuali, besen serta talam juga digunakan untuk permainan gasing berkenaan.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna Facebook memuat naik gambar sekumpulan budak lelaki menggunakan kuali sebagai ‘stadium’ gasing moden itu.

Salah seorang pengguna akaun Twitter @imsyfqh atau Nurfariesya Syafiqah Suhaimi,17, berkongsi pengalaman adik lelakinya berusia lapan tahun yang sering mengambil kuali milik ibunya semata-mata untuk bermain gasing moden tersebut.

“Gasing beyblade ini adik saya beli sendiri. Dia sanggup kumpul duit sekolah setiap hari hanya untuk membeli permainan tersebut.

“Sejak viral gasing beyblade ini, adik saya gunakan kuali semata-mata nak senang bermain di atas permukaan kuali itu.

“Mak sampai bising sebab adik saya suka ambil kuali yang besar, kadang-kadang saya pun marah,” ujar Nurfariesya memetik laporan mstar.

Selain itu, Nurfariesya memberitahu adik lelakinya mula berminat dengan permainan gasing moden berkenaan selepas menonton rancangan kartun ‘Beyblade Burst’.
“Lepas tengok kartun itu, adik saya beli beyblade dengan harga yang sangat murah pada mulanya.

“Tetapi, lama-kelamaan makin mahal pula dia beli gasing beyblade itu,” kata pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok, Kedah.

Pertandingan beyblade yang dianjurkan Madrasah Al-Huda dan Masjid Al-Ansar

Pengaruh permainan beyblade ini juga turut mendapat perhatian madrasah sehingga ada yang mengambil peluang mengadakan pertandingan dengan niat untuk merapatkan lagi ukhwah sesama umah masyarakat.

Sumber: Twitter @imsyfqh

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]