Seorang renjer maut, 5 cedera dalam letupan bom di Pattani

Sebutir bom yang diletakkan di tepi jalan tidak jauh dari tempat kejadian tembak diletupkan dan menyebabkan 5 anggota renjer cedera.

NARATHIWAT: Seorang pegawai renjer maut ditembak, manakala 5lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di Kg Wang Thong, Ranget, Narathiwat.

Ketua Polis Narathiwat Dussadee Chusangkij berkata, dalam kejadian pada 3.30 petang (waktu tempatan) semalam, seorang pegawai renjer yang dalam perjalanan pulang ke rumah ditembak individu tidak dikenali, yang dipercayai bersembunyi dalam hutan.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kira-kira 30 minit kemudian, sebutir bom yang diletak di tepi jalan tidak jauh dari tempat kejadian tembak diletupkan dan menyebabkan 5 anggota renjer cedera yang berada di lokasi cedera,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat Ratchanakharin.