Adakah kereta anda diservis dengan betul? Mungkin tidak langsung

Baru-baru ini mekanik lama kami membeli kereta baru untuk isterinya.

Memandangkan kereta baru itu dilengkapi dengan pakej perkhidmatan servis percuma, dia menghantarnya ke pengedar kereta tersebut untuk perkhidmatan percuma pertamanya.

Selepas dua jam, dia mengambil kereta yang telah diservis namun sebagai seorang mekanik yang berpengalaman, dia merasakan seolah ada yang tidak kena lalu dia bawa keretanya itu ke bengkelnya.

Apabila diperiksa, minyak pelincir tidak ditukar dan penapis minyak digunakan semula !

Sehubungan itu, apabila tiba masa untuk perkhidmatan servis percuma yang seterusnya, dia memutuskan untuk meletakkan tanda warna kecil pada penapis minyak dan udara, dan kerana dia seorang mekanik, dia boleh menaikkan kereta dan menandakan bolt yang digunakan untuk mengeluarkan minyak enjin .

Dia kemudiannya pergi ke pengedar kereta tersebut untuk perkhidmatan percuma kedua dan ketika hendak mengambil keretanya yang ‘kononnya’ telah diservis beliau terus (di tempat letak kereta pengedar) memeriksa penapis udara untuk tanda warna yang diletaknya dan memeriksa warna minyak enjinnya.

Ternyata apa yang dijumpainya sangat menyedihkan! Keretanya LANGSUNG TIDAK diservis.

Dia kemudiannya berjumpa dengan penasihat perkhidmatan dan bertegas untuk berjumpa pengurus yang bertanggungjawab.

Selepas itu, keretanya dibawa kembali ke bengkel servis dan dinaikkan untuk diperiksa bersama-sama dengan penasihat perkhimatan serta pengurus dan mendapati tanda warna yang diletakkan masih ada di bolt saluran minyak enjin yang tidak ditukar.

Ini bermakna keretanya tidak diservis sama sekali. Jadi di mana minyak enjin BARU, penapis udara BARU dan penapis minyak BARU?

Nampaknya semua kru servis bersengkongkol sorokkan barang tersebut untuk menjualnya di luar secara haram dan hasil jualan itu dikongsi bersama.

Ini bukan isu terpencil dan hanya mekanik atau pemilik kereta yang biasa dengan dunia pemotoran boleh mengenalpasti konspirasi bengkel kereta ini.

Sekarang anda cuba lihat jaminan pakej servis yang diberikan pengeluar kereta yang mahukan anda terus menggunakan servis mereka demi memastikan kereta anda mendapat jaminan 5 tahun.

Persoalannya adakah kereta anda diservis dengan betul disaat anda duduk di bilik menunggu sambil menikmati air, makanan dan Wifi percuma?

1. Pernahkan anda berjalan di sepanjang cermin kaca untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh kru servis terhadap kereta anda yang dibayar setiap bulan untuk 5 tahun sekurang-kurangnya ?

2. Adakah anda fikir kereta anda telah diservis dengan baik disebalik terdapat banyak lagi kereta lain yang beratur menunggu untuk diservis sebelum dan selepas kereta?

3. Adakah anda fikir penapis minyak ditukar atau ia hanya sekadar dibersihkan untuk Nampak seperti baru?

4. Pernahkan anda periksa minyak enjin selepas servis menggunakan besi yang disediakan untuk memastikan minyak itu bersih dan licin?

5. Pernahkah anda terfikir untuk periksa sama ada penapis udara ditukar kepada yang baru atau sekadar dibersihkan menggunakan ‘blower’ dan dipasang semula?

Jadi adalah amat wajar untuk ambil perhatian semua perkara ini ketika anda hantar kereta untuk servis.

Sementara itu, ibu pejabat pengedar kereta yang bermasalah tersebut sedang diaudit sebaik sahaja aduan dikemukakan.

Mereka menyatakan kekesalan mereka terhadap pengedar tersebut yang pada masa sama memburukkan reputasi jenama kereta mereka dan bukannya pengedar bengkel tersebut yang hanya tahu mengambil keuntungan semata-mata.

Artikel ini adalah terbitan DS&F, layari www.dsf.my untuk maklumat lanjut mengenai perkembangann terkini automotif.

Facebook: https://www.facebook.com/DSF-469102903133988

Instagram: https://www.instagram.com/drivesafeandfast/

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]