Datuk bandar gay AS mulakan kempen presiden

Pete Buttigieg secara terbuka mengaku dirinya adalah gay. (Gambar Reuters)

WASHINGTON: Pete Buttigieg, datuk bandar South Bend di negeri Indiana, Amerika Syarikat, yang secara terbuka mengaku dirinya adalah gay, secara rasmi mengumumkan hasratnya pada Ahad untuk menjadi calon bertanding jawatan presiden, lapor agensi berita China Xinhua.

Buttigieg, 37, menyertai berpuluh-puluh ahli Parti Demokratik lain untuk mendapatkan pencalonan bagi bertanding merebut jawatan itu dengan mengetengahkan isu berkaitan kepercayaan beliau terhadap agama Kristian dan identiti seksualnya.

Merupakan veteran perang Afghanistan, Buttigieg meraih perhatian media susulan perselisihannya dengan Naib Presiden Mike Pence, yang juga penganut Kristian konservatif, berkaitan tentangan bekas gabenor Indiana itu dalam isu membabitkan hak golongan gay.

Kempen Buttigieg berjaya meraih lebih AS$7 juta pada suku pertama tahun ini.

Tinjauan pendapat terkini dalam kalangan pengundi Iowa dan New Hampshire, negeri paling awal yang akan mengundi dalam pilihan raya tahun depan, menempatkan Buttigieg di kedudukan ke-3 dalam kalangan pesaing Demokratik.