5 tempat ‘wajib’ dikunjungi untuk beli baju raya

Pelbagai pilihan warna dan corak serta gaya yang disediakan di Jalan TAR (Gambar Google)

Kurang sebulan sahaja lagi Ramadan akan tiba dan pastinya umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut bulan penuh barakah itu.

Dan ia termasuklah membeli kain dan menempah baju kurung atau baju melayu yang sudah pasti perlu dilakukan lebih awal bagi memudahkan tukang jahit menyiapkannya sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun tidak semua mampu untuk menempah baju sebaliknya memilih untuk membelinya secara ‘ready made’.

Disini disenaraikan lokasi menarik dan boleh dikatakan wajib dikunjungi untuk membeli baju raya sekitar Lembah Klang.

1. Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Selain baju siap Jalan TAR juga menawarkan kain ela untuk mereka yang mahukan ia dijahit oleh tailor. (Gambar Google)

Bila sebut sahaja jalan TAR, pasti semua ‘kaki shopping’ akan teruja!

Mana tidaknya, banyak corak, stail dan rekaan yang anda boleh dapatkan dengan harga yang murah dan sangat berbaloi.

Kebiasannya bila masuk sahaja tempoh dua minggu Ramadan, Jalan TAR ini akan menjadi lebih meriah daripada hari biasa.

Dan keadaan akan bertambah meriah sehari atau 2 hari sebelum hari raya untuk jualan penghabisan stok!

Terdapat juga butik-butik eksklusif seperti First Lady, Harisons, dan Aidijuma Scarf Flagship Store yang menjual pelbagai rekaan pakaian, tudung, dan aksesori bagi menepati pelbagai cita rasa.

Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Waktu buka: 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

2. Jakel Mall

Jakel Mall di Jalan Bunus tawar pelbagai jenis kain dan fabrik sebagai pilihan. (Gambar Google)
Baju siap dijahit dalam pelbagai saiz beri peluang kepada pembeli memilih mengikut kesesuaian. (Gambar Google)

Bagi mereka yang mempunyai duit lebih bolehlah singgah ke Jakel Mall untuk mencari baju raya mengikut fesyen terkini.

Terdapat aneka pilihan pakaian, dan fabrik seperti chiffon, cotton, lace, linen, silk, songket, dan kapas.

Walaupun menampilkan baju kurung atau baju melayu mengikut fesyen terkini namun ia masih lagi dalam kategori mampu untuk dimiliki.

Selain baju raya, Jakel Mall turut menawarkan perkhidmatan tempahan baju, khidmat nasihat fesyen, dan juga pemasangan permaidani di rumah anda.

Kini gedung membeli belah itu mempunyai beberapa cawangan iaitu di Shah Alam, PWTC dan Sungai Besar.

Alamat: Cawangan di Kuala Lumpur dah Shah Alam.
Waktu Pembukaan: 10.15am – 8.30pm.

3. Bangi Central (SEKSYEN 9 BANGI)

Bangi Central lebih kepada fesyen anak-anak muda dan trendy. (Gambar Google)
Bangi Central juga menyediakan pelbagai jenis tudung. (Gambar Google)

Jika anda pernah dengar beberapa jenama yang top di online seperti Zawara, Sugarscarf, Bella Amara dan banyak lagi, anda boleh melihatnya secara depan mata kini di Bangi Central.

Lokasi ini antara tempat yang gemar dikunjungi golongan muslimah moden.

Kedudukan kedai-kedai adalah di bangunan dua tingkat, jadi anda perlu menaiki lif untuk ke setiap kedai tersebut.

Namun yang paling penting sila bawa wang yang mencukupi kerana anda akan rambang mata dengan setiap pilihan yang ada.

Selain itu, anda boleh berkunjung ke butik pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, yang terletak di seberang jalan.

Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
Waktu Pembukaan: 10.00am – 10.00pm.

4. Kenanga Wholesale City

Beli secara borong di Kenanga Wholesale City pasti buatkan mereka yang mempunyai keluarga besar dapat berjimat. (Gambar Google)
Hanya di Kenanga Wholesale City tawar satu corak tap pelbagai warna. (Gambar Google)

Selain mencari lokasi menarik untuk membeli baju raya, anda juga boleh memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan dalam talian dengan menjual baju raya.

Sambil mencuci mata, anda boleh menjana pendapatan yang lebih menjelang aidilfitri nanti!

Setiap tingkat bangunan Kenanga Wholesale City menawarkan jenis pakaian dan gaya untuk menepati cita rasa yang berbeza-beza.

Dengan promosi bulanan bagi pakaian dan alatan solek tertentu, anda pasti terpegun dengan kepelbagaian pilihan barangan yang lebih murah apabila dibeli secara pukal.

Alamat : 2, Jalan Gelugor, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu pembukaan : 10am-7pm

5. Bazaar Seksyen 7 Shah Alam

Lokasi tumpuan kepada pelajar UiTM dan universiti lain sudah tentu tampil dengan fesyen yang lebih elegan. (Gambar Google)
Baju melayu pelbagai warna dan fabrik juga terdapat di Baazar Seksyen 7 Shah Alam. (Gambar Google)

Seksyen 7 Shah Alam sememangnya menjadi tumpuan penduduk Shah Alam dan juga pelajar-pelajar IPTA berhampiran, terutama sekali disebabkan bazaar yang diadakan saban minggu.

Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian yang dijual pada harga yang murah di gerai-gerai kecil.

Letakkan kereta anda di bangunan berhampiran dan datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan!

Alamat: 24, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Waktu Pembukaan: 10.30am – 9.30pm.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]