Apa yang perlu anda tahu sebelum naik Grab?

Gambar Grab.com

Sememangnya jarang sekali kita mendengar kes yang berlaku melibatkan perkhidmatan teksi seperti Grab, Uber, Lady Cab dan lain-lain.

Ditambah pula dengan adanya sistem e-hailing yang dikuatkuasa kerajaan tahun lalu, maka peratusan untuk kejadian yang tidak diingin berlaku adalah sangat tipis.

Bagaimanapun malang tidak berbau, langkah berjaga-jaga harus sentiasa dititik beratkan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingin daripada berlaku.

Berikut disenaraikan tips yang boleh dipraktikkan sebelum menaiki apa jua kenderaan:

1. SEMAK NOMBOR PLAT, TUNGGU KERETA SAMPAI TEPAT DI LOKASI ANDA.

Anda perlu menunggu kereta yang betul, semak nombor platnya dan pastikan pemandu itu sama seperti yang direkodkan dalam sistem applikasi di telefon bimbit anda.

Kereta itu juga perlu benar-benar sampai di lokasi anda berada.

Jika tidak, jangan berani untuk naik ke kereta tersebut.

2. TANYA PEMANDU : NAK AMBIL SIAPA?

Gambar Reuters.

Perkara paling penting yang perlu anda tanya kepada pemandu adalah siapa yang mereka ingin ambil dan bawa ke mana.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada pemandu itu tersalah mengambil penumpang, atau pemandu tersebut adalah penjenayah.

Ia sangat penting bagi mengelakkan diri anda daripada diperdaya mana-mana pihak.

3. PASTIKAN ‘CHILD LOCK’ BERADA DI ATAS

Gambar Autocar India.

Pastikan kereta yang anda naiki itu tidak menggunakan ‘child lock’ dan cara untuk anda ketahui adalah butang ‘child lock’ itu seharusnya berada di atas.

Dan jika ia terletak di bawah, anda harus menolaknya keatas semula supaya anda boleh buka pintu dengan segera jika terdapat sebarang ancaman daripada pemandu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]