Jangan lengah beli pesawat tempur, kata pakar

Pesawat Sukhoi semasa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Satu ulasan berita mengenai penuaan peralatan angkatan tentera udara mendorong bekas pakar dalam kajian pertahanan menggesa kerajaan mempercepatkan pembelian jet tempur baru.

Aruna Gopinath, bekas profesor dari Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), berkata Malaysia berdepan beberapa cabaran bagi menyelenggara keselamatan maritim.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata cabaran itu termasuk mereka yang berasal dari penjenayah antarabangsa yang beroperasi di Laut Sulu dan juga cabaran daripada negara yang membuat tuntutan kawasan perairan di Laut China Selatan.

Beliau juga berkata, Vietnam dan Indonesia mempunyai kelengkapan lebih baik berbanding Malaysia bagi pertahanan udara.

“Bersiap sedia untuk berperang adalah sesuatu yang perlu pada setiap masa,” katanya.

Dalam artikel Channel NewsAsia Singapura baru-baru ini, pengulas pertahanan Mike Yeo berkata, pesawat perang Malaysia, walaupun masih moden dan berkeupayaan, mungkin akan menjadi usang dalam tempoh sedekad.

Katanya, negara berdepan risiko mencipta “jurang kemampuan” dirinya sendiri jika ia tidak membuat keputusan tegas mengenai perolehan jet perang dalam masa beberapa tahun ini.

Yeo merujuk kenyataan Dr Mahathir Mohamad bulan lalu bahawa Malaysia masih belum membuat keputusan untuk membeli pesawat tempur baru.

“Kita dapati pesawat yang kita beli tidak lama dulu masih boleh beroperasi dengan baik,” kata perdana menteri ketika Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima). Beliau merujuk Sukhoi Su-30MKM.

Reuters sebelum ini melaporkan kekangan belanjawan Malaysia terus melewatkan perolehan aset pertahanan baru.

Menurut Aruna, Malaysia boleh membeli pesawat tempur ringan sekiranya jenis pelbagai peranan terlalu mahal.

Ia melaporkan tentera udara telah menghubungi pembuat pesawat tempur ringan untuk mendapat maklumat mengenai produk mereka.

Bekas penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa), Lam Choong Wah berkata Malaysia mampu meningkatkan keupayaannya memerangi keganasan dan ancaman lain yang tidak konvensional daripada membelanjakan wang bagi meningkatkan pertahanannya terhadap ancaman luar yang dibayangkan.

“Melawan ancaman tidak konvensional tidak memerlukan senjata canggih yang mahal, tetapi kemampuan mengumpulkan kecerdasan dan reaksi pantas,” katanya.

Menurut Lam, lebih banyak isu domestik yang memerlukan pelaburan kewangan lebih besar seperti penjagaan kesihatan, sistem pendidikan dan pengangkutan awam.

Bagaimanapun, beliau mengakui keperluan menyelaras dan meningkatkan kemampuan pertahanan dan melakukannya selaras dengan kemampuan kewangan kerajaan.

“Majoriti ancaman datang dari laut. Jadi, kita perlu beralih daripada memberi penekanan kepada tentera kepada menjadikan angkatan laut kita sebagai pertahanan barisan depan.”