
Pucuk ubi bukan sebarang sayur kampung, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan.
Penjagaannya sangat mudah, malah ia tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun.
Secara ringkasnya, pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan.
Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.
Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.
Oleh sebab itu ia adalah makanan yang sangat tepat untuk menurunkan menurunkan berat badan.
Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.
Tubuh kita memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah kita untuk makan pucuk ubi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tubuh?
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]