Tiket konsert Westlife habis terjual dalam masa 24 jam

Tiket konsert Westlife habis terjual hanya dalam masa 24 jam ia mula dibuka jualan.

Ini menunjukkan betapa terujanya peminat setia kumpulan era 90an itu untuk berhibur di konsert itu nanti.

Untuk pengetahuan, Westlife bakal mengadakan konsert pada 8 dan 9 Ogos 2019 ini di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam.

Pastinya peminat yang gagal mendapatkan tiket akan berasa kecewa kerana terlepas peluang berhibur di konsert tersebut.

Diharap tidak ada antara mereka yang akan menjual semula tiket ini dengan harga yang tidak masuk akal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]