18 batang gigi dicabut akibat suka tidur dengan botol susu

Tahukah anda tabiat anak yang sering tidur dengan botol susu di dalam mulut akan menyebabkan gigi rosak?

Namun itulah hakikat yang terpaksa dilakukan oleh doktor gigi, Sathian Ken Suravisankul dari klinik Smile Station di Phuket, Thailand, apabila dia terpaksa mencabut 18 daripada 20 batang gigi seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

Kerosakan tersebut bukannya sedikit tetapi ia mampu merosakkan keseluruhan gigi di dalam mulut sehingga 18 batang.

Jika langkah pencegahan tidak diambil daripada awal, perkara ini akan terjadi kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun dan keatas.

Langkah itu juga harus dibuat lebih awal supaya gigi yang tumbuh berada dalam keadaan bersih dari sebarang plug ataupun karies.

Jadi sebagai ibu bapa, sepatutnya mulut bayi sentiasa dicuci dan dibersihkan agar tidak menjadi tempat pengumpulan bakteria.

Sebab itulah kebanyakan doktor juga menyarankan agar penggunaan botol susu dihadkan seawal usia 2 tahun.

Pastinya ibu bapa akan ‘berperang’ dengan anak yang liat nak gosok gigi dan tak mahu bercerai botol susu ni.

Tapi, nak tak nak kena jugalah paksa demi kebaikan mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]