Myanmar beri pengampunan kepada lebih 9,000 banduan

Win Myint.

YANGON: Kerajaan Myanmar hari ini memberikan pengampunan tanpa syarat kepada 9,535 rakyatnya yang menjadi banduan, menurut perintah Pejabat Presiden, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengampunan itu dilanjutkan sempena sambutan tahun baru tradisional Myanmar dan atas alasan kemanusiaan, menurut perintah tersebut, yang menambah pengawasan lanjut akan dibuat ke atas baki banduan yang layak diberi pengampunan.

Perintah itu turut memberikan pengampunan tanpa syarat kepada 16 banduan warga asing dan menghantar mereka pulang atas alasan kemanusiaan dan berdasarkan hubungan negara terbabit dengan Myanmar.

Pada tahun sebelumnya, kerajaan Myanmar turut membebaskan 8,490 banduan domestik dan 51 banduan warga asing di bawah perintah pengampunan presiden tanpa syarat yang serupa.