Arab Saudi, Iraq jalin kerjasama keselamatan, perisikan

Mohammed Ali Al-Hakim. (Gambar Bernama)

DUBAI: Arab Saudi dan Iraq bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang keselamatan dan perisikan, menurut laporan media Saudi, Al Arabiya.

Al Arabiya memetik kenyataan Menteri Luar Negeri Iraq, Mohammed Ali Al-Hakim hari ini.

Pengumuman itu dibuat dalam kunjungan delegasi Iraq ke Arab Saudi diketuai Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi.