2 kapal perang India sertai perarakan maritim antarabangsa di China

Kementerian Pertahanan India berkata, kapal pemusnah peluru berpandu INS Kolkata dan kapal INS Shakti akan menyertai acara perarakan pada 23 April.

NEW DELHI: Tentera Laut India menghantar 2 kapal perangnya menyertai perarakan maritim International Fleet Review (IFR) di Qingdao, China.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada Jumaat mengatakan kapal pemusnah peluru berpandu INS Kolkata dan kapal INS Shakti akan menyertai acara itu pada 23 April.

Kedua-dua kapal perang terbabit dijadual tiba di timur bandar Qingdao pada 21 April.