Van Der Vaart beralih dari bola sepak ke sukan dart

Selepas memasuki zon persaraan, tidak semua pemain bola sepak akan terus berada dalam dunia sukan.

Ada yang menyertai dunia politik atau pun menguruskan bisnes.

Paling tidak, ada juga yang bertukar arah dengan menjadi pemain sukan lain.

Rafael Van Der Vaart antara salah satu contoh bekas pemain bola sepak yang menjadi pemain sukan yang ternyata berbeza dengan kariernya iaitu dengan memilih sukan dart.

Bulan hadapan, beliau akan menyertai dua pertandingan dart di Denmark iaitu Terbuka Denmark dan Denmark Masters.

Beliau bersama abangnya, Fernando akan membuat penampilan sulung pada kejohanan tersebut.

Pada Januari lalu, beliau telah bersama salah seorang pemain dart terkemuka, Michael van Gerwen untuk satu pertandingan yang disertai khas oleh selebriti.

Van Gerwen merupakan rakan senegara Van Der Vaart.

Namun, gandingan mereka berdua hanya mampu berpuas hati apabila sekadar menjadi naib johan bagi pertandingan itu di Jerman.

Nampaknya bekas pemain Spurs ini membuka naskah terbaru dalam kehidupannya.

Van Der Vaart sebelum ini pernah beraksi dengan Hamburg di Jerman.

Kelab terkenal Sepanyol, Real Madrid juga pernah mendapatkan khidmat beliau dari 2010 hingga 2011.

Beliau pernah seketika bersama Real Betis.

Kelab pertama profesional pemain tengah Belanda ini ialah Ajax Amsterdam.

Bersama Ajax beliau memenangi dua kali Eredivisie.

Kelab terakhir Van Der Vaart ialah kelab Denmark, Esjberg.

Pada November tahun lalu, beliau mengambil keputusan bersara selaku pemain bola sepak profesional.

SUMBER : semuanyabola.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]