Bahaya… Jangan biar anak sentuh atau jilat kad menu makanan

Kad menu makanan di restoran merupakan antara ‘barang mainan’ anak-anak setiap kali berkunjung.

Maklumlah, pantang sahaja nampak apa-apa barang di atas meja, semuanya anak-anak akan tarik dan letak di dalam mulut.

Namun, apa yang ibu bapa tak tahu adalah kad menu di restoran ini telah disentuh oleh beribu-ribu orang dan mempunyai bakteria!

Paling merisaukan adalah anak yang masih kecil ini akan memasukkan kad menu ke dalam mulut mereka dan boleh mendatangkan penyakit berjangkit.

JANGAN BAGI ANAK SENTUH KAD MENU!

Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?

Tahukah anda bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!

Kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi rendah dan menyebabkan mereka mudah jatuh sakit.

Dan kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria!

Tapi jangan cemas, boleh pegang kad menu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.

Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkanlah daripada menyentuh apa lagi mengigit menu makanan itu.

Kita tidak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.

Mungkin ini adalah punca dalam kalangan ibu bapa yang tidak tahu kenapa tiba-tiba anak-anak jatuh sakit seperti batuk, demam dan selsema kan?

Sumber : Taufiq Razif

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]