Selepas Train to Busan Ma Dong-Seok bakal membintangi filem Marvel ‘The Eternals’

Ma Dong-Seok ketika beraksi dalam filem Train to Busan. (Gambar Train to Busan)

Siapa tidak mengenali pelakon Korea Selatan, Ma Dong-Seok yang terkenal menerusi filem Train to Busan, Along with the Gods: The Last 49 Days dan Unstoppable?

Beliau difahamkan akan membintangi filem Marvel ‘The Eternals’ yang dijangkakan akan ditayangkan pada tahun 2025.

Untuk pengetahuan anda, filem The Eternals ini akan diarahkan oleh Chloe Zhao.

Bagaimanapun, watak yang bakal dibawa oleh beliau masih lagi misteri.

Ma juga akan menyertai pelakon Angelina Jolie dan Kumail Nanjiani yang setakat ini akan turut sama berada dalam projek The Eternals.

The Eternals merupakan satu filem yang diilhamkan oleh watak komik hasil karya Jack Kirby.

Filem ini digambarkan sebagai evolusi manusia yang memiliki kekuatan luar biasa dan jangka hayat yang lebih lama daripada manusia biasa.

Setakat ini, Jolie sedang berbincang untuk memainkan watak utama The Eternals, bernama Sersi, dan selain itu pelakon Kumail Nanjiani juga sedang dalam perbincangan untuk menyertai filem tersebut.

The Eternals adalah salah satu daripada dua filem Marvel yang akan memulakan penggambarannya bersama dengan filem Black Widow dibintangi Scarlett Johansson.

Syarikat agensi pelakon Big Punch ENT berkata peranan pelakon itu belum lagi disahkan lagi.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada Marvel.”

Hasil lakonan Ma yang mantap di dalam Train to Busan telah menjadikannya sebagai antara pelakon yang popular di Korea.

Buat masa ini, Marvel Studios belum lagi menetapkan tarikh tayangan.

Bagaimanapun The Eternals disahkan bakal memulakan penggambaran Ogos ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]