Pesakit kencing manis perlu makan sayur dulu sebelum nasi

Penyakit diabetes jika tidak dikawal mampu membawa padah. (Gambar WILX.com)

Jika anda, rakan, mahupun keluarga disahkan menghidap penyakit diabetis, anda perlu mengawal cara pemakanan supaya kandungan gula dalam darah anda stabil.

Ini kerana kajian yang dijalankan pada 2011, dianggarkan lebih 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Oleh sebab itu, teknik pemakanan yang betul wajib diberi keutamaan serta perlukan disiplin yang tinggi.

Namun dalam masa yang sama, pengambilan ubat-ubatan seperti yang dinasihatkan doktor perlu diikuti dan jangan sekali-kali mengabaikannya.

Ini kerana jika diabaikan, anda yang akan menerima padah.

1. Pesakit diabetes perlu makan sayur sebelum nasi

Diabetes akan berlaku apabila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara efisien.

Menurut kajian saintis Portugal, makan sayur terlebih dahulu adalah lebih baik daripada makan nasi bersama sayur. Ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes.

2. Makanan yang disyorkan untuk pesakit diabetes

Berikut adalah makanan yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai diabetis dan anda digalakkan memakan makanan yang mengandungi fiber iaitu seperti sayur sawi, pucuk-pucuk ubi keledek, kangkung, pucuk paku, oats dan nenas.

Manakala makanan yang mengandungi chromium pula seperti raw cheese, kacang panjang, brokoli dan juga kacang hijau.

Makanan yang mengandungi magnesium adalah seperti almond, sayur bayam, ikan berminyak, salmon, yogurt protein, mackerel, tuna, ayam organik, daging lembu tanpa lemak dan juga kacang dhal.

Antara makanan yang mempunyai kandungan gula yang rendah pula adalah seperti kacang, biji labu, beri dan juga avocado.

Punca kencing manis

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

  • Berlebihan berat badan / kegemukan.
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  • Pemakanan – pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Keturunan – diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  • Peningkatan umur.

5 tanda kencing manis

  1. Kerap dahaga dan kencing pada waktu malam.
  2. Berat badan menyusut dengan drastik.
  3. Jarak penglihatan menurun.
  4. Sering kebas pada tangan dan kaki.
  5. Luka yang lambat sembuh.

Sumber Malloc Media Network

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]