Tiada pilihan, PAC Perak mesti diterajui pembangkang, NGO beritahu PH

Melantik anggota pembangkang sebaga pengerusi PAC merupakan salah satu janji manifesto PH.

PETALING JAYA: Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) mendesak kerajaan Perak melantik seorang anggota pembangkang untuk mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) selari dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Ia berkata, “tidak ada pilihan” berkenaan pelantikan anggota pembangkang untuk mengetuai jawatankuasa itu, yang menurutnya sangat penting bagi memastikan wujudnya semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.

“Perak negeri PH, mereka perlu ikut manifesto,” kata pengarah eksekutif C4, Cyntia Gabriel kepada FMT.

Beliau merujuk laporan yang menyebut bahawa PAC Perak akan terus dikepalai anggota parti kerajaan, 10 bulan selepas PH merebut kuasa darpada Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Pengerusi PA Perak ialah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Leong Cheaok Keng daripada DAP, sama seperti timbalan beliau, Adun Keranji, Chong Zemin.

Baru-baru ini, isu berkenaan mencetuskan kritikan keras daripada Adun Kota Tampan daripada Umno, Saraani Mohamad, yang berkata, PH tidak menunaikan janjinya.

Speaker DUN, Ngeh Koo Ham berkata, PAC Perak dipengerusikan wakil PH kerana ia sedang menyiasat skandal kerajaan negeri sebelum ini.

Justeru katanya, pelantikan wakil pembangkang untuk mengetuai penyiasatan itu akan mengganggu siasatan kerana ia melibatkan rakan setugas atau bekas rakan mereka.

Pengerusi badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, penjelasan Ngeh adalah logik, tetapi tidak menjawab isu utama mengapa PH sebelum ini mendesak supaya PAC diketuai pembangkang.

“Tujuannya ialah supaya PAC dapat menyemak kerajaan yang memerintah,” katanya.

“Dengan PAC diketuai oleh wakil PH, maka siapakah yang akan memeriksa salah laku kerajaan PH?”

Beliau berkata, salah saku atau rasuah yang dilakukan kerajaan sebelum ini seharusnya disiasat oleh agensi seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Eksekutif penyelidik kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Aira Azhari bersetuju bahawa PH perlu melantik anggota pembangkang untuk mengetuia PAC di negeri itu.

Beliau berkata, tidak ada alasan kenapa perkara itu tidak dilakukan di Perak sedangkan ia dilaksanakan di Parlimen.

Aira turut memberi amaran mengenai langkah menggunakan penyiasatan skandal kerajaan lampau sebagai alasan untuk tidak menghormati semangat janji manifesto PH.

“PAC boleh menyiasat salah laku mana-mana pihak, jadi keahlian part tidak seharusnya menghalang siasatannya. Tujuan a mesti diketuai oleh anggota pembangkang ialah bagi memastkan wujudnya semak dan imbang.

Katanya, jika ada kebimbangan seorang pengerusi daripada pembangkang tidak bekerjasama atau menunjukkan sikap tidak berpihak, maka individu terbabit boleh digantikan dengan anggota pembangkang yang lain.

“PAC bukannya satu-satu badan yang menyiasat salah lau kerana laporan juga boleh dibuat kepada polis atau SPRM,” kata beliau lagi.