2 beradik cilik kini jutawan YouTube termuda Britain

Antara permainan yang dimain dan dikongsi di laman youtube Toys and Little Gabyyang 2 beradik jutawan ini.

Siapa sangka zaman sekarang makin mudah untuk menjana pendapatan.

Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak yang baru berusia 4 dan 5 tahun juga mampu menjana pendapatan lumayan.

Inilah yang berlaku pada 2 adik-beradik cilik yang menjadi jutawan YouTube termuda Britain selepas menjana pendapatan mencecah £1 juta (RM5.4 juta) setahun menerusi laman perkongsian video tersebut.

Akaun Toys and Little Gabyyang dihoskan oleh Gabrielle, 4, dan abangnya, Alex, 5, kini berada di ranking teratas laman perkongsian video di Britain dengan 10.9 juta pengikut serta 3.6 bilion tontonan.

Gabrielle, 4, dan abangnya, Alex, 5, berada di ranking teratas video di Britain dengan 10.9 juta pengikut serta 3.6 bilion tontonan.

Saluran tersebut dibuka 3 tahun lalu oleh ibu mereka, Sabine, 28, yang berasal dari Latvia dan kini menjadi pengurus kepada aktiviti 2 anaknya itu sepenuh masa di rumah mereka di utara London.

“Sejak kecil mereka berdua suka menonton saluran Youtube yang memaparkan ulasan barang permainan dan juga pelbagai keletah anak-anak kecil. Jadi saya terfikir, bila mereka sudah besar sedikit mengapa tidak kami sendiri mencubanya?” kata Sabine.

Nama keluarga 3 beranak tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Dengan memberi dedikasi kepada “keseronokan kanak-kanak”, saluran YouTube mereka menyajikan permainan, cabaran dan lain-lain aktiviti khas untuk golongan tersebut.

Saluran dibuka 3 tahun lalu oleh ibu mereka, Sabine, 28, yang berasal dari Latvia.

Dua beradik itu turut mempunyai sebuah kedai mainan dalam talian, alexandgabytoys.com.

Seorang budak lelaki berusia 8 tahun dari Texas, Amerika Syarikat mendapat pendapatan paling besar daripada YouTube dengan £17 juta (RM91.7 juta) setahun, disusuli 6 beradik dari California dengan £3 juta (RM16.2 juta) setahun, dan seorang remaja 13 tahun dari Pennsylvania dengan £1 juta (RM5.4 juta) setahun.

Sumber The Sun UK

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]