Kantoi, 11 diberi amaran rakam Avengers Endgame di pawagam

Filem Avengers Endgame arahan Anthony Russo dan Joe Russo yang merupakan filem terakhir karakter Marvel dan karya istimewa mula ditayangkan di Malaysia pada 24 April lalu.

Sebagai menghargai peminat Avengers di Malaysia, sebanyak 300 dron Intel Shooting Star berbentuk adiwira dan simbol diterbangkan ke ruang udara Kuala Lumpur.

Antara karakter yang diterbangkan ialah Avengers, Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk.

Persembahan dron tersebut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai “Persembahan Cahaya Menggunakan Dron Paling Banyak”.

Setakat ini, hampir RM10 juta dikutip menerusi tayangan filem itu di seluruh negara.

Di pawagam, larangan merakam filem akan muncul sebelum sesebuah filem memulakan tayangannya.

Bagaimanapun, di Johor, 11 penonton yang ingkar diberikan amaran kerana cuba merakam filem itu pada hari pertama tayangannya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro dilaporkan berkata, pemeriksaan dilakukan di pawagam terpilih untuk mengelakkan penonton merakam filem di dalam panggung wayang.

Sumber KPDNHEP

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]