Terowong tertinggi di dunia dibuka di Tibet, lapor Xinhua

LHASA: Terowong tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 4,750m atas aras laut di barat daya Tibet, China dibuka kepada lalu lintas hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Terowong 2 hala sepanjang 5.7km itu sebahagian daripada lebuh raya yang menghubungkan ibu kota Lhasa dengan Nyingchi di tenggara Tibet.

Pembinaan bermula pada 2015 di Gunung Mila, setinggi 5,018m akan memendekkan jarak perjalanan daripada 18km kepada 5.7km.

Pengurus projek Gong Bin berkata, lebih 10 penemuan teknologi dihasilkan dalam pembinaan itu.

Katanya, selain cuaca sejuk dan kekurangan oksigen, masalah lain yang dihadapi lebih 2,000 pekerja ialah mengangkut bahan binaan.