Mungkinkah William curang dengan rakan baik Kate Middleton

Baru-baru ini kecoh seketika di media barat apabila Putera William dilaporkan curang dengan bekas teman baik mereka, Rose Hanbury.

Mengukuhkan khabar angin tersebut, Kate dilaporkan pulang ke London hanya ditemani anak-anaknya tanpa Putera William disisi mereka.

Gosip mengatakan William curang berkemungkinan benar, malah Kate dan Rose juga dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang berkenaan khabar angin tersebut.

Dakwaan ini dikuatkan lagi apabila hubungan William dengan adiknya Harry kelihatan tegang.

Walaupun pada asalnya khabar angin mengenai ketegangan 2 beradik itu berpunca daripada Meghan Markle, namun kini ia lebih kukuh apabila khabar angin mengenai skandal William ini tercetus.

Nampaknya jika benar khabar angin ini, pelakuan Putera William diibaratkan sama seperti bapanya, Putera Charles, yang curang dengan Camilla ketika masih menjadi suami Puteri Diana.

Putera William dan Kate Middleton bercinta sejak 2003 dan berkahwin pada 2011.

Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang anak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]