Penyokong PRK Sandakan berarak dalam hujan ke pusat penamaan calon

Lim Kit Siang (4 dari kiri) dan Lim Guan Eng (5 dari kiri) turut memberi sokongan kepada calon PH bagi PRK Sandakan, Vivian Wong (4 dari kanan).

KOTA KINABALU: Hujan renyai-renyai tidak melunturkan semangat kira-kira 800 penyokong Pakatan Harapan berarak menyokong calon mereka pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Sandakan di dewan aktiviti SMJK Tionghua Sandakan, hari ini.

Calon PH, Vivian Wong ditemani sejumlah besar penyokong, termasuk Ketua Menteri Sabah; Shafie Apdal, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Malah, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee yang menyertai PPBM, baru-baru ini turut memberi sokongan.

Mereka memulakan perarakan mereka dari Bandar Maju, tidak jauh dari pusat penamaan calon sekitar jam 8.55 pagi dan tiba di pusat penamaan calon jam 9.15 pagi.

Sementara itu, 3 calon bebas turut mengemukakan borang pencalonan mereka.

Mereka adalah bekas pengasas Amanah Sabah, Hamzah Abdullah dan Chia Siew Yung yang disokong ahli Persatuan Kebajikan Masyarakat Berbilang Kaum Sandakan and Sulaiman Abdul Samat, pembantu rapat bekas ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.

Chia Siew Yung (6 dari kanan) dan menyokongnya berarak ke pusat penamaan calon di dewan aktiviti SMJK Tionghua Sandakan.

Manakala, pencabar terdekat Wong dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Linda Tsen Thau Lin, merupakan bekas ahli Parlimen Batu Sapi.

PRK Sandakan akan diadakan 11 Mei ini dan pengundian awal pada 7 Mei nanti, susulan kematian Pengerusi DAP Sabah, Stephen pada 28 Mac lalu.