Pizza Hut sasar buka 468 cawangan sebelum 2022

Pengarah Urusan QRS Brand, Mohamed Azahari Mohamed Kamil bersama Ketua Pegawai Operasi Pizza Hut Loi Liang Tok merasmikan cawangannya ke-400.

Pizza Hut menyasarkan 408 restoran akan dibuka menjelang hujung 2019 dan 60 lagi restoran baru dalam tempoh 3 tahun

Menurut Ketua Pegawai Operasi Restoran Pizza Hut, Loi Liang Tok, penambahan cawangan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat setiap hari.

Selain itu, penambahan cawangan restoran tersebut bagi memudahkan orang ramai membeli Pizza Hut di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Hidangan beberapa menu Pizza Hut, Aloha Chicken di antara menu yang mendapat sambutan.

“Pembukaan restoran baru berkenaan akan memberikan kami peluang untuk ke lokasi yang belum pernah diterokai di Sabah, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang.

“Ia sekali gus akan memperluaskan lagi penawaran Pizza Hut kepada rakyat di seluruh negara.

“Langkah strategik ini disasarkan untuk melonjakkan kami ke satu lagi tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika merasmikan pembukaan restoran Pizza Hut ke-400 di Central I City Mall, Shah Alam, Jumaat.

Dilengkapi dengan sistem dapur yang efisen serta kaunter separa layan diri bagi menambahkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.

Jelasnya, ia pencapaian terbaru bagi Pizza Hut yang memiliki hampir 2 kali ganda lebih banyak restoran berbanding pesaingnya.

“Hari ini bukan mengenai pembukaan restoran baru sahaja, ia juga menandakan betapa pesatnya pertumbuhan Pizza Hut selama ini sebagai rangkaian restoran pizza yang paling disukai rakyat Malaysia,” ujarnya.

Setiap Pizza yang dipesan akan mengambil masa 7 ke 8 minit untuk dihidangkan kepada pelanggan secara ‘fresh’.

Dalam pada itu, bersempena dengan pembukaan restoran itu juga, Pizza Hut akan memberikan 4,000 kotak pizza percuma kepada pelanggan.

Selain itu, ia juga menawarkan pizza bersaiz individu dengan harga RM4 sebagai promosi dan ia boleh didapati di semua cawangan dari hari ini hingga 30 April depan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]