Kulit ayam sebenarnya bagus untuk jantung

Jika anda selalu membuang kulit ayam kerana percaya ia tidak baik untuk kesihatan, kini anda tidak perlu berbuat demikian lagi.

Ini kerana pakar kesihatan dari Universiti Harvard menyarankan kulit ayam sebenarnya bagus untuk jantung.

Lemak di bawah kulit ayam adalah lemak tak tepu (unsaturated fat) dan ia mengandungi asid lemak omega-6 yang baik untuk badan.

Pakar kesihatan dari universiti terkemuka di dunia itu berkata, lemak di bawah kulit ayam bukannya lemak trans – sejenis asid lemak tidak tepu yang jarang didapati secara semula jadi, seperti yang terkandung dalam makanan diproses.

Lemak trans boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi.

Jadi, jangan buang kulit ayam!

Fungsi kulit ayam

Penggunaan kulit ayam boleh membuatkan daging yang dimasak lebih lazak dan tidak kering.

Ia disebabkan kulit akan bertindak seperti kerak untuk mengekalkan kelembapan daging ayam.

Anda tidak perlu menambah banyak garam pada daging kerana lemak daripada kulit ayam akan menambah rasa pada daging.

Anda juga tidak perlu risau menggoreng ayam dalam minyak yang banyak kerana daging dan kulit ayam tidak akan menyerap minyak.

Jadi, ubahlah cara pemikiran anda kerana kulit ayam bukan penyebab obesiti dan ia mengandungi lebih banyak asid lemak omega-6 berbanding omega-3.

Tetapi, perlu diingatkan cara pemakanan perlu seimbang dengan tidak mengambil sebarang makanan dalam jumlah berlebihan atau risiko masalah kesihatan akan timbul.

Sumber Healthy Food House

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]