Unik ke pelik, trend cukur bulu kucing ala dinosur

Bagi peminat kucing pasti akan sentiasa memastikan kucing peliharaannya dalam keadaan bersih dan dijaga rapi.

Malah ada juga sanggup menghias kucingnya agar kelihatan lain daripada yang lain.

Dan trend terkini pencinta haiwan ini seakan-akan berlumba menghias kucing mereka untuk tampil lebih menarik dengan mencukur bulu kucing menjadi kelihatan seperti seekor dinosur.

Apa yang menariknya trend itu menjadi sebagai satu platform kepada pemilik kucing untuk menonjolkan sisi kreativiti masing-masing dalam menghias haiwan peliharaan.

Trend tersebut kian menular dalam kalangan pemilik kucing di sekitar London.

Rata-rata pemilik kucing memotong bulu haiwan peliharaan mereka dengan membentuk corak dikenali sebagai “dinocut” atau “dragoncut”.

Malah mereka turut memuat naik gambar haiwan kesayangan mereka di media sosial khususnya Instagram.

Namun begitu di sebalik keterujaan pemilik haiwan itu, kebanyakan imej tersebut jelas menunjukkan kucing berkenaan kelihatan “tidak gembira”.

Terpulang kepada setiap individu untuk menilai ia nampak “cute” atau menyedihkan.

Sumber Daily Mail

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]