2 maut, 12 cedera dalam kemalangan taman tema di China

Seramai 14 pelancong, termasuk 6 remaja terjatuh ketika bermain gelongsor sepanjang 235 meter di taman tema di Chendu, China. (Gambar Twitter)

CHENGDU (China): 2 terbunuh manakala 12 lagi cedera, termasuk 6 kanak-kanak dalam kemalangan di sebuah taman tema di Chengdu, China, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Seramai 14 pelancong, termasuk 6 remaja terjatuh ketika bermain gelongsor sepanjang 235 meter dalam satu kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu, menurut saksi.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital tempatan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, kata pejabat komuniti Taiping di daerah Tianfu.

Susulan itu, polis mengarahkan taman berkenaan ditutup dan pihak pengurusan turut dipanggil bagi membantu siasatan.