Krisdayanti kini jadi wakil rakyat di Indonesia

Krisdayanti, nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian, baik di Indonesia mahupun di Malaysia, kini mendapat gelaran baru, iaitu “wakil rakyat”.

Beliau, yang bertanding atas tiket Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dalam pilihan raya umum Indonesia 17 April lalu, memenangi kerusi Malang Raya, Jawa Timur.

Krisdayanti turut memuat naik ucapan selamat daripada teman-temannya di Insta Stories.

Antara yang memberi ucapan tahniah adalah bekas isteri Ahmad Dhani, Mia Estianty dan anak perempuan bekas gabenor Jakarta, Renny Sutiyoso.

Sepanjang tempoh berkempen, isteri kepada ahli perniagaan dari Timor Leste itu bekerja keras melawat semua kawasan di daerah yang ditandinginya bagi meraih sokongan.

Penyanyi berusia 44 tahun kelahiran Kota Batu itu juga berulang-alik antara Jakarta dan Malang, untuk memikat hati pengundi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]