Minum air kelapa cegah batu karang

Air kelapa atau digelar sebagai 100 plus semulajadi mengandungi banyak lagi manfaat yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini.

Tahukah anda air kelapa sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan air penghidrat tenaga?

Air semula jadi ini sangat kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Berikut merupakan kebaikan air kelapa yang menjadi ia bagus untuk kesihatan.

Elak terkena batu karang

Air kelapa dapat mencegah pembiakan kristal yang boleh melekat di saluran kencing dan ginjal.

Kalium juga dapat membuat ginjal berfungsi secara efektif.

Berkesan untuk detoks

Air kelapa mengandungi elektrolit yang serupa dengan zat darah manusia, di mana ia dapat dijadikan pengganti cecair badan, juga membuang racun di dalam tubuh manusia.

Ia juga membantu menghindarkan beberapa kesan negatif seperti tahap natrium dalam tubuh.

Mencantikkan kulit

Air kelapa dapat mencegah penuaan, menghilangkan pigmentasi kulit, mencegah iritasi dan menyembuhkan jerawat.

Di samping anda mengambil beberapa pil sampingan untuk kekal awet muda, anda boleh tambahkannya dengan minum air kelapa sahaja!

Tubuh sentiasa terhidrasi

Anda boleh menggantikan air mineral dengan air kelapa, tetapi tanpa gula.

Ia adalah salah satu cara untuk memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat.

Elektrolit pada air kelapa akan mengekalkan cecair tubuh. Ia juga rendah kalori!
Menurunkan tekanan darah

Kekurangan elektrolit dalam tubuh akan meningkatkan tekanan darah.

Untuk memberi keseimbangan dalam tekanan darah, anda boleh minum air kelapa.

240ml air kelapa mengandungi 600mg zat kalium.

Zat kalium telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]