Mulakan hari anda dengan positive vibes!

Adakah anda tahu pagi yang proaktif akan memberi keputusan yang lebih positif kepada kehidupan anda?

Jadi bagaimana kita mulakan pagi yang bersemangat jika hari sebelumnya tak terurus?

Amalkan beberapa tips yang kita kongsikan untuk anda!

1. Rancang hari anda malam sebelumnya

Sebelum tidur, selepas makan malam atau sementara menonton TV merehatkan diri, anda boleh rancang pelan hari esok.

Ia akan menjadikan pagi anda lebih produktif, senaraikan tugasan yang perlu diselesaikan pada keesokan hari, sebaiknya jadualkan dengan masa.

Dengan cara ini, anda sudah bersedia berdepan pagi yang terancang, malah ia akan menjadikan anda lebih bersemangat.

2. Bangun awal pagi

Kepada mereka yang tidak biasa bangun pagi, amalkan rutin tidur lebih awal dan latih diri anda.

Setiap kali anda bangun dari tidur, beri ganjaran tiap kali anda bangun awal!

Buku penulis Laura Vanderkam, “What the Most Successful People Do Before Breakfast” memetik 90% daripada orang kedudukan tinggi yang berjaya dalam hidup bangun awal pagi, seawal 4 pagi!

3. Mulakan hari anda dengan senaman

Adalah sangat bagus jika anda dapat mulakan kehidupan harian dengan membuat senaman kecil seperti yoga.

Ia tidak akan memenatkan hari anda, sebaliknya membekalkan tenaga luar biasa.

CEO Xerox, Ursula Burns meluangkan masa sejam untuk bersenam sebelum memulakan harinya.

Malah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga memulakan harinya dengan latihan kardio.

Sementara itu, CEO Twitter, Jack Dorsey pula melakukan 3 pusingan ”7-minute workout”.

Mereka di antara individu yang sangat sibuk. Tetapi jika mereka sedia meluangkan masa untuk bersenam, maknanya senaman itu penting!

4. Sarapan pagi

Masa untuk manjakan diri anda, tenangkan fikiran, hirup udara segar, kemudian nikmatilah sarapan yang anda sediakan untuk diri sendiri.

Pastikan sarapan tersebut benar-benar memberi tenaga untuk anda, dan bagi mereka yang meminati kopi, ia boleh dikira sebagai pelengkap dalam sarapan pagi anda.

Jangan gopoh, dan relaks nikmati waktu sarapan anda sebaiknya.

5. Luang masa untuk diri sendiri

Cuba anda duduk diam di satu sudut dan memikirkan perkara-perkara baik dan indah.

Ataupun sekurang-kurangnya berimaginasi mengenai masa depan anda.

Hari anda bakal menjadi sibuk dan anda mungkin tiada masa untuk diri sendiri, jadi inilah masanya,

Fikir yang positif pada permulaan hari, pasti ia menjadi menarik dan proaktif untuk anda!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]