Tips sahur simple dan kenyang sehingga berbuka

Sehingga hari ini masih ada yang memandang enteng tentang pentingnya bersahur di bulan puasa.

Ini kerana bagi mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, pemilihan makanan adalah aspek yang sangat penting dan ia dimulakan pada waktu sahur lagi.

Jadi ini adalah 8 tips yang kita kongsikan supaya pengambilan makanan pada waktu sahur akan membuatkan anda terus kenyang sehingga berbuka!

1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut

Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem.

Ia bukan sahaja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari.

Sapukan di atas roti dan taburkan gula untuk menambah rasa.

Anda juga boleh gunakan kurma yang tidak berbiji untuk menghasilkan jem ini.

Info tambahan: Gunakan pisang raja atau pisang berangan kerana ia lebih lembik dan mudah dilumatkan.

2. Sediakan telur rebus dalam kuantiti yang banyak

Didihkan air dengan garam dan baking soda di dalam satu periuk.

Masukkan telur ke dalam selama 96 saat, kemudian padamkan api dan tutup periuk tersebut dengan penutupnya selama 8 minit.

Bakar dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit (Suhu bergantung kepada ketuhar anda).

Gunakan talam muffin mini supaya mereka tidak bergoyang.

Setelah selesai keluarkan, kupas kulitnya dan simpan di dalam peti ais. Bersedia untuk makan sahur nanti!

Info tambahan: Sediakan telur rebus ini malam sebelum anda tidur.

3. Simpan oat semalaman di dalam peti sejuk

Oat semamangnya baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga memang mengenyangkan.

Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.

Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas.

Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais.

Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk milo.

Bangun sahur nanti, buka peti dan terus makan. Sangat sedap!

4. Panaskan semula lauk waktu berbuka dengan tambahan bahan seperti sayur atau telur​

Seringkali kita mendengar, beli makanan banyak-banyak waktu berbuka, sudahnya tidak habis.

Apa kata anda simpan lebihan makanan sewaktu berbuka tersebut dengan memanaskannya semula waktu bersahur.

Untuk mengekalkan ia dalam keadaan segar dan enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat.

Info tambahan: Kurangkan makanan yang berminyak sewaktu sahur.

5. Praktikkan mengambil brown rice

Kita sedia maklum, brown rice atau juga dikenali sebagai beras perang mempunyai banyak manfaat, antaranya mengurangkan kolestrol dan juga amat baik bagi tulang.

Ia kaya dengan magnesium dan mineral yang boleh menguatkan tulang dan mengurangkan inflamasi pada sendi.

Bulan puasa ini juga sangat sesuai jika anda mahu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

Jadi apa kata kerapkan mengambil brown rice pada waktu sahur tahun ini.

Di samping kekal sihat, anda juga mungkin dapat badan baru menjelang raya nanti.

6. Elakkan garam dan minum air berlebihan

Garam adalah penyerap atau penyimpan air.

Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus.

Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama.

Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.

Info tambahan: Kalau nak minum air manis, pastikan jumlah pengambilan adalah kurang daripada air kosong.

Contoh: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.

Sumber says.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]