Cristiano Ronaldo beli kereta paling mahal di dunia

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan berbelanja mewah apabila membeli kereta Bugatti yang bernilai £10 juta (RM54 juta).

Menurut Mirror.Daily, model Bugatti La Voiture Noire merupakan kereta paling mahal yang pernah dihasilkan dalam sejarah.

Kereta dengan rekaan unik itu buat pertama kalinya dipamerkan sewaktu Pertunjukan Motor Geneva 2019 pada Mac lalu.

Sebelum ini, Ronaldo membeli sebuah Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport bagi meraikan kejayaan Portugal mengungguli Piala Eropah 2016.

Untuk rekod, Ronaldo juga memiliki kereta Lamborghini Aventador LP 700-4, Ferrari 599 GTO, Porsche Cayenne Turbo, Mercedes-Benz C220 CDI, Bugatti Veyron dan Aston Martin DB9.

Malah, minat bintang Juventus itu terhadap jentera mewah berkelajuan tinggi merupakan hobinya sejak dahulu lagi.

Sumber Mirror.Daily

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]