Editor Sarawak Report tepis dakwaan PH obses dengan 1MDB

Editor Sarawak Report tepis dakwaan PH obses dengan 1MDB

Membidas dakwaan itu sebagai propaganda pembangkang, Rewcastle-Brown menyeru rakyat supaya bersabar ketika PH berusaha menjadikan Malaysia lebih baik.

Clare Rewcastle-Brown
PETALING JAYA:
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menyifatkan dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan “terlalu obses” dengan 1MDB sebagai propaganda pembangkang.

Rewcastle-Brown, yang membongkar berita-berita mengenai skandal sekitar 1MDB berkata, dakwaan seperti itu membolehkan Barisan Nasional dan PAS menggunakannya sebagai “slogan perhubungan awam”.

Beliau berkata rasuah menular di Malaysia.

“Pakatan Harapan tidak mungkin boleh menghilangkan sedekad jijik atau lebih, terutama apabila ia perlu menangani masalah-masalah ekonomi yang berkaitan dengan amalan rasuah,” katanya kepada FMT, setahun selepas PH memenangi Putrajaya.

“Bagaimanapun, terima kasih atas usaha kerajaan sekarang, Malaysia berjaya melepaskan diri daripada menjadi jajahan China melalui perangkap hutang yang telah menjerat negara-negara lain, dan perlahan-lahan pulih.

“Kerajaan sekarang, dari banyak segi, percampuran pelbagai elemen, yang membawa kepada beberapa masalah, patah balik dan kompromi dalam agenda tertentu, yang masih perlu diketengahkan,” katanya.

Terdahulu, pemimpin MCA, Chan Quin Er berkata akhirnya PH sedar alasan “rasuah” tidak memadai untuk menutup kegagalannya menginovasikan program-program baru, disebalik dasar-dasar BN yang diteruskan dengan nama baru.

Rewcastle-Brown berkata Putrajaya perlu menangani masalah rasuah jika mahu negara memimpin Asean.

Beliau menambah “halangan politik” akan merumitkan lagi usaha itu, lagi-lagi apabila halangan-halangan itu didirikan oleh mereka yang berkepentingan.

“Memang senang untuk mengkritik dan merungut daripada memberikan sokongan membina,” katanya.

“Ada pun orang yang berharap rakyat akan terlupa tentang hidup bawah rejim yang sedia menangkap orang yang bercakap benar,” katanya.

Mengulas dakwaan kerajaan PH perlahan dalam melaksanakan reformasi dan akhirnya berkompromi dalam janji-janji pilihan rayanya, Rewcastle-Brown berkata itu bukanlah sesuatu yang teruk.

“Berbanding dengan perubahan radikal yang selalunya tidak berjaya dan boleh jadi tidak produktif,” katanya.

Beliau menggesa rakyat supaya memberikan masa kepada kerajaan PH untuk menjadi lebih baik.

“Berpeganglah pada prinsip dan tujuan perjuangan dan anda akan dirikan negara yang lebih baik dalam tempoh 5 tahun ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.