Puasa tidak halang pemain NBA tampilkan permainan terbaik

Pemain tengah pasukan bola keranjang Portland Trail Blazers, Enes Kanter berkata beliau mendapatkan nasihat pemain terhandal NBA Hakeem Olajuwon bagaimana hendak mengekalkan momentum permainannya ketika berpuasa pada bulan Ramadan.

“Saya menghantar mesej kepada Hakeem, kerana saya pernah bertemu dengannya 2 tahun lalu dan dia ada menceritakan apakah yang dilakukannya ketika memenangi perlawanan MVP pada 1995,” katanya kepada pemberita ketika pasukan Blazers membuat persediaan untuk bertemu pasukan Denver Nuggets dalam pusingan kedua perlawanan siri Western Conference.

“Saya mesej dia dan tanya, ‘Hei, bagaimana awak bermain dengan kecergasan yang maksimum walaupun berpuasa sepanjang Ramadan.”

“Dan dia memberi saya tips. Dia beritahu saya apakah yang dia makan, pukul berapa dia akan bangun, iaitu pada 4 pagi – berapa banyak air yang dia minum dan sebagainya.”

Menurut Kanter berpuasa juga menyebabkan beliau tidak dapat mengambil ubat untuk bahunya yang terluka.

“Saya makan ubat pada pukul 4 pagi dan saya akan mengambil ubat sekali lagi sebelum perlawanan kerana saya boleh buka puasa. Saya OK.”

Kanter yang berasal dari Turki berkata Ramadan adalah ujian rohani dan boleh mengatasi halangan fizikal.

“Saya rasa ia memberikan satu aura positif apabila turun ke gelanggang saya akan berkata kepada diri saya ‘Saya melakukan ini untuk Tuhan, jadi Tuhan pasti akan bantu saya.'”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]