Kenali teh cerahkan kulit dan kuruskan badan

Terlalu banyak makanan tambahan yang diperkenalkan bagi meyakinkan pengguna bahawa produk tersebut mampu menurunkan berat badan.

Makanan tambahan tersebut termasuklah teh yang sebenarnya terkandung khasiat yang berbeza.

Namun begitu, sejauh mana keberkesanannya dan adakah selamat untuk diamalkan?

Jadi anda perlu mengenalpasti setiap jenis teh dan apa khasiatnya.

1.Teh hijau

Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit.

2. Teh Oolong

Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.

Minum teh ini setiap hari, ia boleh menurunkan risiko obesiti.

3. Teh mint (pudina)

Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda.

Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.

4. Teh putih

Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.

Mahu kekal kurus? Banyakkan minum teh putih

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein.

Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung.

Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Menurut pakar, dos maksimum meminum teh hijau dalam sehari ialah 3 hingga 5 cawan sahaja.

Sumber : DailyWuz

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]